Jenguk iklan kat sini

Rabu, November 30, 2016

PURPLE ROSE

Kuncup bunga ros dah mula mekar.
Ros ungu mula nak mekar.
Gambar dari atas
Putera ros ungu. Mulut comot.
Close up

Hampir mekar
The flowers are blooming
Warna yang cantik




Sabtu, November 26, 2016

AEON

Hari ni boring dok di rumah, so keluar ke Aeon.
Takde apa nak beli pun saja jer melilau cuci mata.

Jom kita jalan-jalan
Sekarang aku dah ada pesaing. 2 anak dara ni asyik nak berkepit jer ngan babah dorang.
Aku dah tak leh nak jalan pimpin tangan ngan my hubby dah. sob sob
Pegi ke Daiso.
Kalau masuk sini mulalah anak-anak aku jadi tak tentu hala.
Semua benda kalau boleh dorang nak beli.
Alamak kena tetak kepala.
Ini tetak kepala sendiri.
Kalau masuk sini tak sah kalau tak beli barang.
Dah besar anak-anak aku.
Si kecik ni asyik nak beli jentolak jer
Babah nak lepak jap ye
Dah jenuh jalan rasa lapar pulak. Teringin nak makan sushi.
Masing-masing pilih sushi.
Ini aku punya
Dorang dah mula operasi keluarkan mainan yang dorang beli tadi.
Me, hubby n naughty boy
Beli lego sorang satu
Masing-masing pasang lego

Tahun ni sunat ekk..?!
Dah beli Jentolak nak kereta pulak.
Jet pun ader gak..?
jentolak.
Benda ni pun nak beli..??





Selasa, November 22, 2016

ANUGERAH KECEMERLANGAN

Hari ni sekolah Sofea mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar yang cemerlang dan pelajar tahun 6 yang akan menamatkan sesi persekolahan rendah. Alhamdulillah Sofea dapat dua anugerah hari ini.
1. Anugerah Sahsiah Terpuji
2. Anugerah Matapelajaran Reka Bentuk Teknologi terbaik.
Yang lain sijil tamat darjah enam dan sijil penghargaan.
Pendaftaran
Sofea kena berkawat dalam uniform Puteri Islam.
Sofea jadi komandan. So suara kena kuat.
Itu takde masalah sebab kalau kat rumah memang suara dia macam petir bila bergaduh ngan adik-adiknya. Kitorang memang keturunan suara petir.. hahaha
Skuad sediaaa...
Luruskan barisannn...
Tabik hormat pada tetamu jemputan.
Mengiringi tetamu jemputan untuk periksa barisan..
Comel jer anak umi. hehe
Pegawai PPD menyampaikan sijil dan cenderahati sambil diperhatian oleh Guru Besar.
Penolong Kanan HEM pula sampaikan sijil.
NYDP PIBG sampaikan sijil.
Last sekali babah pulak sampaikan sijil.. Sweet sangan memory ini sebab masa Syasya tamat darjah enam pada tahun 2014 dulu pun my hubby jugak yang sampaikan sijil, dan tahun 2016 ni lagi sekali my hubby diberi penghargaan untuk sampaikan sijil pada pelajar tahun 6 termasuk Sofea, sebab my hubby memang orang kuat PIBG sekolah. Syukur pada Allah untuk segalanya.
Lega dah habis ambil semua sijil.
Aku ambik gambar melalui tingkap dewan.
Best Friend Forever. Anak cikgu sekolah.
Ini pentas Majlis Anugerah. Cute je belon tu, rasa macam nak cucuk ngan jarum jer.




Ahad, November 20, 2016

BUNGA-BUNGAKU

Bunga ros yang ditanam kat rumah. Ada yang dah mati. Susah betul nak jaga ros ni, kalau tak kena cara memang susah nak gemuk dan senang dapat penyakit pulak tu.
Ros putih


Ros merah
Belakang kelopak warna putih.
Close up.
Puteri ros.
Cantik kan?
Ini kuncup bunga ros ungu.

Subur dan tunggu nak mekar jer.
Ehhhh. Ini lembaga bunga.
Gediks..
Muka nak mintak penampor.